Salam Semua..
Saya amatlah baru dalam dunia blog ini..Terbinanya blog ini pun atas bantuan klik saya. Harapan saya dapatlah saya berkongsi cerita dan idea yang memberi manfaat kepada semua kawan-kawan blog dan yang sudi membaca blog saya.
Untuk pengetahuan semua, saya sgt meminati seni jahitan. Saya menceburi bidang ini dari awal sekolah menengah lagi kerana membantu ibu saya mencari sumber kewangan setelah beberapa tahun kematian arwah bapa saya. Atas desakan hidup dimana membantu ibu dan mencari duit poket sendiri, saya pernah menjahit sembat utk songkok budak2 dan org dewasa. Harga pada masa itu lebih kurang RM1 untuk 1 songkok tapi amat bermakna buat saya dan ibu kerana serba sedikit dapat la membantu meringankan perbelanjaan dapur.
Disamping itu juga ibu saya mendapat job tetap dimana menjahit tulang belut utk baju melayu johor yang di hantar oleh jiran terdekat kami kerana beliau ada kedai menjahit baju melayu sendiri. Bermula dari situ saya mula sedar yang saya amat meminati seni jahitan. Rutin harian saya selepas balik dari sekolah akan menolong ibu menjahit tulang belut atas leher baju melayu johor. Mereka menghantar berkudi2 banyaknya sbb jiran saya mendapat tender dari sarawak.
Kami amat bersyukur dan cuba menyiapkan job tersebut bersama-sama. Selepas tamat sekolah menengah saya telah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran di Uitm Jengka Pahang dalam jurusan Diploma Perakaunan. Setiap balik dari cuti semester, kerja saya juga menolong ibu menjahit dan setiap kali bulan puasa saya akan menjahit langsir. Saya juga tidak pernah belajar menjahit langsir tetapi atas tunjuk ajar yang tidak profesional oleh ibu saya menyebabkan saya adalah tailor tetap ibu utk menjahit langsir setiap tahun.
Minat menjahit tidak pernah padam dalam diri saya sehingga kini. Saya bercita2 ingin belajar menjahit pakaian wanita dan impian itu sedang saya jalani skg. Saya telah mengikuti kursus jahitan pakaian wanita dan alhamdulilah masih menimba ilmu. Yang paling mengembirakan saya ialah saya telah membeli sebuah mesin jahit dan mesin jahit tepi. Aset ini sgt saya sayang dan tidak percaya saya boleh memilikinya sekarang. Saya bersyukur walaupun saya masih belajar dan memerlukan byk wang utk membiayai pengajian tapi dalam masa yg sama saya juga dapat memiliki mesin2 ini.Dari mana saya dapat wang membeli mesin ialah dengan main kutu mesin..hihihi..Nanti klu ada masa saya postkan foto mesin-mesin saya.
Akhir kata mudahan2 dapat sokongan dari kawan-kawan blog atau yang mengenali diri saya kerana masa tidak mengizinkan saya menulis lebih lama..Salam sayang buat semua.... : )